Saturday, July 24, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Celik 3M 1/2010

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Celik 3M Kali 1 2010

Tarikh : 27 Januari 2010 ( Rabu)
Masa : 1.15 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat SK SYP1


Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Perlantikan Jawatankuasa Celik 3M 2010
3. Analisis dan pencapaian Murid Pemulihan Khas
4. Laporan Pencapaian Murid Pemulihan Khas.
5. Perancangan Tahunan Aktiviti Celik 3M 2010.
6. Kewangan.
7. Hal-hal lain.

Kehadiran:
1. Pn Rosnah bt Che Amat - Pengerusi
2. Pn Hjh Zawah bt Essa - Timbalan Pengerusi.
3. Pn Hjh Sabariah bt Jusoh - Naib Pengerusi 1.
4. Pn Normadiah bt Yaacob - Naib Pengerusi 2.
5. En Ishak b Hamat - Setiausaha.
6. En Zulhisan b Ibrahim - Ketua Panitia BM/ Guru BM 5 Pintar
7. Pn Zainora bt Che Ahmad - Guru BM Tahun 2P
8. En Azman b Shafie - Guru BM Tahun 3P
9. Pn Norhazani bt Din - Guru Matematik Tahun 2P
10.Pn Zarina bt Yaacob - Guru Matematik Tahun 3P.
11.En Ahmad Tarmizi b Hj Apandi - Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Agenda 1
Ucapan Guru Besar
1.1 Terima kasih kepada AJK kerana menghadirkan diri ke mesyuarat kali 1/2010.
1.2 Program Celik 3M selain dari Program Pemulihan Khas ialah LINUS ( Literasi dan Numerasi) dan juga PROTIM.
1.3 Program LINUS untuk murid tahun 1, Pemulihan Khas untuk murid tahun 2 dan 3, PROTIM untuk murid tahun 4,5 dan 6.
1.4 KPI Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan guru ialah semua murid tahun 3 sessi 2012 tidak ada yang gagal 3M. Mereka mesti lulus LINUS kecuali murid khas.

Tindakan: Semua AJK

Agenda 2

Pengesahan Perlantikan Jawatankuasa Celik 3M 2010.
2.1 Pn Saniah mencadangkan Perlantikan Jawatankuasa Celik 3M 2010 diterima untuk disahkan. Disokong oleh semua AJK.

Tindakan: Semua AJK

Agenda 3
Analisis Pencapaian Murid Pemulihan Khas 2009
3.1 Setiuasaha membentangkan Analisis Pencapaian Murid Pemulihan Khas 2009.

Pengerusi menerangkan peranan AJK berdasarkan bidang tugas masing-masing:
1. Setiausaha - Mengendalikan fail-fail yang berkaitan dengan segera dan kemaskini.
2. Ketua Panitia; - Menentukan prestasi murid-murid lain ( selain murid LINUS, Pemulihan Khas & PROTIM) berada pada target yang telah ditentukan.
3. Guru Mata Pelajaran;- Mengadakan pemulihan dalam kelas kepada murid yang tidak terlibat dengan program celik 3M dan dikenalpasti masih lemah dan memerlukan bimbingan individu yang subjek-subjek tertentu.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling.
4.1 Membuat dan merekod perjumpaan perjumpaan dengan ibubapa murid yang bermasalah 3M. Lawatan ke rumah perlu dibuat (jika perlu).
4.2 Segala aktiviti yang berkaitan mesti direkodkan dan sentiasa dikemaskinikan.
4.3 Guru Bimbingan dan kaunseling juga bertanggungjawab membuat program untuk mengkaji sebab-sebab murid bermasalah 3M untuk diberi bantuan yang sepatutnya. Mungkin murid-murid dalam kategori ini mempunyai masalah tertentu.

Tindakan : Semua AJK

Agenda 4.
Laporan Pencapaian Murid.
Setiausaha membentangkan Laporan Pencapaian Murid Pemulihan Khas 2009/10
(lihat edaran/ lampiran)
Pengerusi menerangkan perkara berikut:
1. Dalam mesyuarat panitia, ketua Panitia bertanggungjawab mengkaji headcount dan mengenalpasti murid yang bermasalah 3M.
2. Target untuk murid pemulihan: KPI program pemulihan khas ialah tiada murid mencapai gerd 'E'. Jika murid mencapai gred 'D', ianya adalah satu kejayaan dan sekiranya murid mencapai gred 'C', ianya merupakan satu bonus.

Tindakan : Semua AJK

Agenda 5
Perancangan Tahunan
5.1 Setiausaha membentangkan Perancangan Tahunan Program Pemulihan Khas 2010.
(lihat edaran/ lampiran)
5.2 Pengerusi menjelaskan perkara-perkaraa berikut:
5.2.1 Guru-guru perlu membuat diagnostik untuk mengenalpasti bidang kelemahan murid.
5.2.2 Murid tahun 1 perlu dibentuk cara menulis yang betul. Pengukuhan perlu dilakukan ditahun 2 dan 3.
5.2.3 Bahan BBM yang digunakan oleh program pemulihan khas / celik 3M boleh juga diaplikasikan dikelas-kelas lain.
5.2.4 Perjumpaan dengan ibubapa/penjaga murid perlu dilakukan secara individu ( boleh digunakan waktu panduan dan persediaan).
5.2.5 Perbanyakkan aktiiviti murid semasa proses p&p.

Tindakan : Semua AJK

Agenda 6
Kewangan
6.1 Pengerusi menjelaskan bahawa peruntukan kewangan boleh digunakan dengan mengisi nota minta untuk barang yang diperlukan.

Tindakan : Semua AJK

Agenda 7
Hal-hal lain
7.1 Penolong Kanan Pentadbiran:
7.1.1 Beri insentif kepada murid yang membuat anjakan prestasi.
7.1.2 Murid pemulihan perlu diberi perhatian dan bimbingan peribadi oleh guru-guru berkenaan.
7.1.3 Di akhir tahun tiada murid yang mendapat gred 'E'.

Tindakan : Semua AJK

Mesyuarat ditangguh jam 3.00 petang.

Disediakan oleh:
Ishak bin Hamat
Setiausaha JK Celik 3M 2010.

Wednesday, June 30, 2010

Ujian Jun 2010

Ujian telah diadakan pada 23 Jun - 24 Jun 2010. Seramai 43 orang murid tahun 2 dan 3 telah mengambil Ujian Jun 2010. Perinciannya:
Matematik:
Tahun 2P - 8 orang
Tahun 3P- 10 orang

B Melayu
Tahun 2p - 14 orang
Tahun 3P - 11 orang.



Monday, June 14, 2010

ABM - PERKATAAN KVKK ( KEMAHIRAN 16)













Sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas.
Cikgu yang berminat utk dptkan fail.ppt sila emailkan permohonan kepada celik3sksyp1@gmail.


Thursday, June 10, 2010

Kelas Tambahan Musim Cuti Pertengahan Penggal 1 - hari ketiga - terakhir

Hari Selasa 8 Jun 2010 adalah hari terakhir kelas tambahan untuk musim cuti pertangahan penggal pertama 2010. Seperti biasa, mulai 8.00 pagi - 10.00 subjek BM dan 10.30 - 12.00 subjek maematik.

Kehadiran hari ini:

BM - 18 orang

MT - 19 orang.



BM- Masih lagi latihtubi perkataan vokal berganding. Tujuan diambil kemahiran yang ' tinggi' kerana pada kebiasaannya kemahiran 29 dan 30 ini tak sempat nak 'habiskan' dikelas biasa waktu pagi.

MT - Masih lagi latih tubi menyelesaikan masalah darab berpandukan jadual darab yang disediakan.



Rumusan Kelas Tambahan Musim Cuti Penggal 1 2010.

1. Program seumpama ini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang kerana rasionalnya kalau murid cemerlang yang ditarget 5A pun dibuat kelas tambahan, apa lagi anak-anak pra istimewa ini, lagilah patut dibimbing melalui kelas-kelas tambahan seupama ini.

2. Kehadiran sangat menggalakkan dan untuk penjadualan pada masa akan datang, murid tahu 2 dan tahun 3 perlu diasingkan; samada diajar oleh 2 org guru didua kelas yang berasingan atau dibuat pada hari yang lain.

3. Pemilihan murid perlu lebih teliti. Murid yang dikenalpasti telah mencapai gerd 'C' dalam UBB perlu dikecualikan dari kelas tambahan. Ini untuk memberikan lebih tumpuan kepada murid lain yang masih ketinggalan.

4. Terima kasih Allah kerana memberikan hambamu kekuatan untuk mengendalikan kelas tambahan ini dan terima kasih ibubapa yang sudi menghantar anak-anak ke kelas tambahan. Istimewa untuk anak-anak kelas tambahan; terima kasih kerana hadir dan memberikan tumpuan semasa p&p, semoga usaha kita dinilai sebagai ibadah dan diberi ganjaran yang selayaknya.



Rumusan kehadiran selama 3 hari seperti di bawah.




Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.

Monday, June 7, 2010

Kelas Tambahan 7 Jun 2010

Syukur kapada Tuhan, Kelas tambahan hari kedua berjalan dengan lancar. Kehadiran hari ini ; Subjek BM dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi seramai 21 orang dan subjek matematik dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tgh seramai 10 orang.
Untuk subjek BM kemahiran 29 - diftong dan vokal berganding - membaca perkataan tanpa berpandukan gambar dan melengkapkan sukukata.





Untuk subjek MT, hari ini murid dilatihtubi menggunakan jadual darab untuk mencari jawapan kepada operasi bahagi yang disediakan. Bahan yang dibekalkan oleh Cikgu Yusop SK Sg Tengas digunakan sebagai lembaran kerja.
Esok hari terakhir kelas tambahan musim cuti pengal pertama 2010.

Sunday, June 6, 2010

Kelas Tambahan 6 Jun 2010

Allhamdulillah kelas tambahan hari pertama cuti pertengahan tahun 2010 berjalan lancar. Untuk subjek BM mulai 8.30 - 10.30 seramai 19 orang murid tahun 2 dan 3 telah hadir. Untuk subjek matematik mulai jam 11.00 hingga 12.30 seramai 12 orang murid hadir.
Pada jangkaan awal kehadiran tidak akan seramai ini kerana pengalaman lepas menunjukkan kehadiran sekitar bawah 10 orang. Walaubagaimanapun terima kasih kepada semua ibubapa yang memberikan kerjsama. Untuk subjek BM, lathitubi membaca dan menulis semula perkataan yang melibatkan kemahiran 29 . Diftong dan vokal berganding. Pengayaannya ialah membina ayat. 5 perkataan yang dilatihtubi, bila diminta menulis semula dua orang saya yang betul semua dan 5 orang salah semua. Nampak gayanya banyak lagi yang perlu dibantu.
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami guru-guru pemulihan untuk terus membimbing anak-akan yang pra istimewa ini.


Lembaran Kerja hari ini











KELAS TAMBAHAN MUSIM CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2010 ( 6 - 8 JUN)


Sila klik imej untuk melihat dengan lebih jelas

Tuesday, May 25, 2010

TERAS BACAAN - BLOG PEMULIHAN YANG BOLEH DIJADIKAN CONTOH

TERAS BACAAN
Sila klik untuk layari blog yang padat dengan bahan yang diperlukan. Terima kasih Tuan Haji Zainol Abidin b Basri.

Friday, April 30, 2010

KELAS AKHIR PROGRAM INTENSIF CELIK 3M FASA 1 2010

Hari ini, 30 April 2010 ( Sabtu) adalah hari terakhir untuk kelas dibawah Program Bimbingan Intensif Celik 3M Fasa 1/2010. Hanya seorang murid yang hadir untuk kelas mula 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Muizuddin Th 2P. Tumpuan diberikan untuk membuat pembetulan kepada ujian IPP2M Siri 1/ April. Muizuddin mendapat skor 32/65. Wajaran yang sepatutnya dicapai untuk melayakkannya dikategorikan sebagai Celik/Menguasai BM ialah sekurang-kurangnya 46. Ini bermakna Muizuddin masih belum menguasai kemahiran asas 2M berdasarkan pencapaiannya itu.
Semalam 29 April 2010 ( Jumaat) kelas Matematik diadakan untuk murid-murid yang belum menguasai IPP3M ( Mate). Hanya 2 orang murid yang hadir, iaitu Nor Adira dan Mohd Hakimi Hakim, kedua-duanya dari tahun 3 Pintar.

Monday, April 26, 2010

Ujian Saringan 1/ April 2010 (IPP2M) Bahasa Melayu Murid Tahun 3 Pintar

Hari ini 27 April 201 seramai 9 orang murid tahun 3 Pintar menduduki Ujian Saringan 1 / April 2010 subjek BM menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan menulis ( IPP2M). Masa 11.15 - 12.45
Calon yang hadir hari ini:
Lelaki: 6 orang
Perempuan : 3 orang
Jumlah : 9 orang
Tidak hadir: 1. Lutfi b Yunus
2. Mohd Amin Nazrin Mohd Yusuf


Ujian Siri 1 / April 2010 - Bahasa Melayu - 2 Pintar

Hari ini 27 April 2010, Ujian Saringan 1/ April 2010 menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Menulis dan Membaca ( IPP2M) telah diadakan untuk murid-murid Tahun 2 Pintar.


Ujian yang diadakan di Bilik Pemulihan Khas ini melibatkan 13 orang calon iaitu 3 perempuan dan 10 orang murid lelaki. Instrumen yang digunapakai kali ini adalah instrumen yang pernah digunapakai tahun lepas untuk Ujian 1 dan 2 tahun 2009.


Ujian dkendalikan oleh Cikgu Mariah dengan dibantu oleh Cikgu Ishak.

Gambar Murid Tahun 2 Pintar sedang menduduki Ujian 1/ April 2010 menggunakan IPP2M
(Ralat Tarikh Pada Gambar disebabkan masalah setting kamera)

Saturday, April 24, 2010

Ujian Siri 1 / April

Hari ini , 25 April 2010, seramai 11 orang murid tahun 3P menduduki Ujian saringan 1 / April 2010, sebagaimana yang diarahkan oleh Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Khas dan Swasta JPN Kelantan.
Menggunapakai jadual 2 sebagaimana yang dicadangkan oleh JPN; iaitu ujian akan diadakan sepanjang minggu menggunakan jadual kelas pemulihan.
Calon untuk Ujian kali ini ialah seperti berikut:

Bahasa Melayu:
Tahun 2 - 13 orang
Tahun 3 - 11 orang

Matematik:
Tahun 2 - 12 orang
Tahun 3 - 10 orang

Ujian Bahasa Melayu menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis ( IPP2M)
Ujian Matematik menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Mengira (IPPM)

Ujian dikendalikan oleh Pn Mariah bt Kamaluddin yang baru dilantik sebagai guru pemulihan khas dengan dibantu oleh Cikgu Ishak b Hamat; yang ditempatkan semula ke PKBP namun diminta terus membantu Kelas Pemulihan Khas.
Instrumen IPPM yang mula digunakan pertama kali terdapat beberapa item/soalan yang berulang. Perkara ini boleh diatasi kiranya guru pemulihan menyemak instrumen lebih awal sebelum murid menjawabnya.
Murid 3P yang mula menduduki ujian ini telah mendapat instrumen yang telah diperbetulkan.

Friday, April 2, 2010

Catatan Kelas Bimbingan Intensif Celik 3M Fasa 1/ 2010



Bahan Latihtubi IPP2M

Hari ini - Sabtu 3 April spt biasa kelas Pemulihan BM diadakan. Aku tersilap tengok jadual, sangka kelas mula 8.30 pagi, jadual sebenar 8.00 pagi, akibatnya 5 orang murid telah balik bila aku sampai ke sekolah pada jam 8.20 pagi. Menyedari kesilapan sendiri, tunggu punya tunggu datanglah Norliana , murid 2 Pintar. Maka mengajarlah aku seorang murid mulai jam 9.00 pagi. Pada jam 9.15 sampai pula Aized Ikhwan (2P). Jadilah muridku hari ini dua orang sahaja.

Aktiviti hari ini latihtubi menulis perkataan-perkataan yang terdapat dalam IPP2M. Murid perlu meulis perkataan berdasarkan gambar yang disediakan. Aized Ihkwan tersalah lagi eja 'pelampung' walaupun sebelum ini telah 2 kali pembetulan bagi perkataan 'pelampung'. Norliana nampaknya masih belum menguasai perkataan 'songkok' - diejanya 'songkak', minyak diejanya 'minyk', buaya diejanya 'buya'. Semua perkataan itu tela berkali-kali dibuat pembetulan. Inlah sebahagian ragam murid pra istimewa.
Pada jam 12.30 kelas berakhir dengan hanya 2 orang murid. Terima kasih Tuhan.

BBM - PERKATAAN KV + KVK