Friday, April 30, 2010

KELAS AKHIR PROGRAM INTENSIF CELIK 3M FASA 1 2010

Hari ini, 30 April 2010 ( Sabtu) adalah hari terakhir untuk kelas dibawah Program Bimbingan Intensif Celik 3M Fasa 1/2010. Hanya seorang murid yang hadir untuk kelas mula 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Muizuddin Th 2P. Tumpuan diberikan untuk membuat pembetulan kepada ujian IPP2M Siri 1/ April. Muizuddin mendapat skor 32/65. Wajaran yang sepatutnya dicapai untuk melayakkannya dikategorikan sebagai Celik/Menguasai BM ialah sekurang-kurangnya 46. Ini bermakna Muizuddin masih belum menguasai kemahiran asas 2M berdasarkan pencapaiannya itu.
Semalam 29 April 2010 ( Jumaat) kelas Matematik diadakan untuk murid-murid yang belum menguasai IPP3M ( Mate). Hanya 2 orang murid yang hadir, iaitu Nor Adira dan Mohd Hakimi Hakim, kedua-duanya dari tahun 3 Pintar.

Monday, April 26, 2010

Ujian Saringan 1/ April 2010 (IPP2M) Bahasa Melayu Murid Tahun 3 Pintar

Hari ini 27 April 201 seramai 9 orang murid tahun 3 Pintar menduduki Ujian Saringan 1 / April 2010 subjek BM menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan menulis ( IPP2M). Masa 11.15 - 12.45
Calon yang hadir hari ini:
Lelaki: 6 orang
Perempuan : 3 orang
Jumlah : 9 orang
Tidak hadir: 1. Lutfi b Yunus
2. Mohd Amin Nazrin Mohd Yusuf


Ujian Siri 1 / April 2010 - Bahasa Melayu - 2 Pintar

Hari ini 27 April 2010, Ujian Saringan 1/ April 2010 menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Menulis dan Membaca ( IPP2M) telah diadakan untuk murid-murid Tahun 2 Pintar.


Ujian yang diadakan di Bilik Pemulihan Khas ini melibatkan 13 orang calon iaitu 3 perempuan dan 10 orang murid lelaki. Instrumen yang digunapakai kali ini adalah instrumen yang pernah digunapakai tahun lepas untuk Ujian 1 dan 2 tahun 2009.


Ujian dkendalikan oleh Cikgu Mariah dengan dibantu oleh Cikgu Ishak.

Gambar Murid Tahun 2 Pintar sedang menduduki Ujian 1/ April 2010 menggunakan IPP2M
(Ralat Tarikh Pada Gambar disebabkan masalah setting kamera)

Saturday, April 24, 2010

Ujian Siri 1 / April

Hari ini , 25 April 2010, seramai 11 orang murid tahun 3P menduduki Ujian saringan 1 / April 2010, sebagaimana yang diarahkan oleh Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Khas dan Swasta JPN Kelantan.
Menggunapakai jadual 2 sebagaimana yang dicadangkan oleh JPN; iaitu ujian akan diadakan sepanjang minggu menggunakan jadual kelas pemulihan.
Calon untuk Ujian kali ini ialah seperti berikut:

Bahasa Melayu:
Tahun 2 - 13 orang
Tahun 3 - 11 orang

Matematik:
Tahun 2 - 12 orang
Tahun 3 - 10 orang

Ujian Bahasa Melayu menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis ( IPP2M)
Ujian Matematik menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Mengira (IPPM)

Ujian dikendalikan oleh Pn Mariah bt Kamaluddin yang baru dilantik sebagai guru pemulihan khas dengan dibantu oleh Cikgu Ishak b Hamat; yang ditempatkan semula ke PKBP namun diminta terus membantu Kelas Pemulihan Khas.
Instrumen IPPM yang mula digunakan pertama kali terdapat beberapa item/soalan yang berulang. Perkara ini boleh diatasi kiranya guru pemulihan menyemak instrumen lebih awal sebelum murid menjawabnya.
Murid 3P yang mula menduduki ujian ini telah mendapat instrumen yang telah diperbetulkan.

Friday, April 2, 2010

Catatan Kelas Bimbingan Intensif Celik 3M Fasa 1/ 2010



Bahan Latihtubi IPP2M

Hari ini - Sabtu 3 April spt biasa kelas Pemulihan BM diadakan. Aku tersilap tengok jadual, sangka kelas mula 8.30 pagi, jadual sebenar 8.00 pagi, akibatnya 5 orang murid telah balik bila aku sampai ke sekolah pada jam 8.20 pagi. Menyedari kesilapan sendiri, tunggu punya tunggu datanglah Norliana , murid 2 Pintar. Maka mengajarlah aku seorang murid mulai jam 9.00 pagi. Pada jam 9.15 sampai pula Aized Ikhwan (2P). Jadilah muridku hari ini dua orang sahaja.

Aktiviti hari ini latihtubi menulis perkataan-perkataan yang terdapat dalam IPP2M. Murid perlu meulis perkataan berdasarkan gambar yang disediakan. Aized Ihkwan tersalah lagi eja 'pelampung' walaupun sebelum ini telah 2 kali pembetulan bagi perkataan 'pelampung'. Norliana nampaknya masih belum menguasai perkataan 'songkok' - diejanya 'songkak', minyak diejanya 'minyk', buaya diejanya 'buya'. Semua perkataan itu tela berkali-kali dibuat pembetulan. Inlah sebahagian ragam murid pra istimewa.
Pada jam 12.30 kelas berakhir dengan hanya 2 orang murid. Terima kasih Tuhan.

BBM - PERKATAAN KV + KVK